Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?.
Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja..
~yang ny memang kebanyakan orang buat..pakai tudung, tapi setakat pakai jer laaa...tutup ke tak, tu lain citer kan.....
KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
~ amboi, cantiknya lengan...putihnya tangan awak...
KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
~ yang ni fesyen time raya biasanya.... al-maklum lah, ni lah masanya nak bergaya sakan.....
KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
~ aduhhh......tak rase something ke...sebelum keluar, tengok dulu cermin... bukan cermin kecik... lagi bagus kalau cermin yang besar gedabak tuh....nampak full dari hujung kepala sampai la ke hujung kaki.... agak-agak, ada tak shape yang errrrrrr.....korang fikir lah sendiri....
KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan singkat lalu menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
~ mentang-mentang panjang...jangan laa buat free show pulak...
KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
~ mengapakah begitu?? ingat laaaa... Dia Maha Mengetahui...
KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
~ yang ni mostly budak-budak sekolah..muda2 remaja....contoh event : hari sukan..ok laaa...saya tau awak tu atlet...tapi, why?? is it necessary?
KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
~ leh pakai yang tebal sikit kan...sekarang nie pun mudah jer nak dapat inner tudung...bukan mahal sangat pun..topup tiap-tiap minggu boleh beli takkan ni sebulan sekali pun tak boleh kottt...
:: Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(an-Nur: 31)
p/s: aku pun manusia biasa.banyak melakukan kesilapan.harap aku menjadi muslimah yang lebih baik. =(
No comments:
Post a Comment