Better a cruel truth than a comfortable delusion ...
Home Anime / e-Story Story Santai Tutorials All bout d Braces Relationship

Monday, June 30, 2014

Bab 1 : Mungkinkah ini yang terakhir?

BAB 1 

“Dumm….!!” Pintu dihempas kuat…Beg sekolah yang digalas terus dicampak ke atas katil miliknya yang kosong… Eyra yang hampir terlelap terus membuka matanya..Pandangan matanya tertumpu pada raut wajah ayu milik adiknya, Eyzza..... 

              Dengan rambut lebat ditambah dengan ikal mayang lagi yang pasti membuatkan ramai lelaki terpegun melihatnya. Sedangkan kaum perempuan yang melihat juga turut cemburu dengan aset yang dimiliki oleh adiknya…Tetapi dia bangga kerana adiknya tahu tentang kewajipan menutup aurat.. setiap kali sebelum pergi sekolah, dia pasti akan mengikat kemas rambutnya. Setelah itu, disarungkan ‘inner neck’ sebelum mula memakai tudung.. 

                  Termangu eyra buat seketika waktu setelah terkejut mendengar dentuman pintu itu… Eyra ingin sahaja memarahi adiknya, tetapi niatnya terbantut apabila melihat wajah adiknya yang agak keruh.. Seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan adiknya pada ketika ini. Lagipun, bukankah sabar itu separuh daripada iman.. 

              Adiknya, Eyzza merupakan pelajar sekolah menengah di Tingkatan 5 yang baru selesai peperiksaan Percubaan SPM beberapa hari yang lalu manakala  Eyra pula merupakan pelajar Semester 1 di Kolej Matrikulasi Pahang… Disebabkan perbezaan umur yang sedikit itu lah, hubungan mereka adik beradik amat rapat….

“Eyzza, kenapa muka masam sangat ni?” Tanya Eyra kepada adiknya. Sebagai seorang kakak yang bertangungjawab, dia berhak tahu apatah lagi apabila adiknya mempunyai masalah..

“Eyzza tak puas hati lah , kak…! Ada ke patut budak baru tu malukan Eyzza depan kelas tadi..“ Eyzza menjawab perlahan.. Walaupun amarah mula menguasai diri, namun dia masih waras berfikir.. Lagipun, bukankah mama dan papa telah mendidik dia dengan sifat yang mulia iaitu sentiasa menghormati orang yang lebih tua darinya tidak kira dalam apa jua masalah..? 

“Lahh, kenapa ni? Cuba cerita satu persatu kat akak… Siapa budak tu dan apa yang budak tu dah buat pada Eyzza?” Tanya Eyra dengan lembut.. 

“Ceritanya macam ni, kak..Tadi masa rehat, Eyzza keluar lambat… Dah la perut Eyzza menyanyi lagu ‘rock’ dah masa tu, then ada sorang budak lelaki ni tiba-tiba halang Eyzza semasa Eyzza nak duduk tu…Entah macam mana, Eyzza boleh tersadung pada kaki dia dan jatuh… Habis nasi lemak telur mata kerbau dan air teh’o ais yang Eyzza baru beli tu tertumpah kena baju Eyzza ni… Lepas tu, boleh dia blaah macam tu jer…Not even say SORRY to me……..

gambar hiasan dari Google


Akak, sakitnya hati Eyzza…Apa salah Eyzza sampai dia main-mainkan Eyzza macam tu, akak…Dah lah ramai orang kat kantin tadi…Eyzza malu, kak…Eyzza tak kenal pun dia siapa…hurmm…budak baru kot….” Luah Eyzza pada kakaknya dengan perasaan yang sebak…. 

                  Kemudian, baru Eyra tersedar baju kurung putih yang dipakai oleh adiknya memang nampak comot dengan sambal nasi lemak…  

“Kesian kau, dik… Akak tak sangka ada lagi budak Tingkatan 5 berperangai macam tu…Mungkin dia sajer usik kau sebab dia suka kau kot…kau kan ayu gitu….hahaha..
Hensem tak budak tu??” balas Eyra dengan senyuman untuk meredakan kesedihan adiknya itu….

“Hensem?? Hurmm, memang dia hensem..tapi hensem pun tak boleh buat Eyzza kenyang lah akak…Kalau nak berkenalan pun, cakap lah elok-elok….bukannya Eyzza nak apa-apakan dia pun...Silap-silap Eyzza pulak yang minta ‘declare couple’ dengan dia sebab dia hensem sangat…haha…

gambar hiasan dari Google....

Tapi takkan lah akak, he is a boy with no manners…Tak minat lah Eyzza lelaki macam tu..Tengok lah tadi dia buat Eyzza macam mana….” Jawab Eyzza dengan perasaan yang yakin… 

               Eyra hanya tergelak mendengar celoteh adiknya sebelum membalas

“Hamboi…bukan main lagi dia…Karang yang tak nak tu lah yang dikejarnya nanti…hehe….Dah laaa…Akak nak sambung buat assignment akak yang bertimbun tu....Jangan kacau and duduk sana diam-diam…. ”  

“Iye lah, Eyzza pun nak siap-siap lah…Eyzza pun banyak juga nak buat ulangkaji ni…” Jawab Eyzza dengan perasaan malas… Sambil itu, Dia berdoa agar apa yang diucapkan oleh kakaknya tidak akan menjadi kenyataan… 

Tak nak lah dia dengan budak lelaki tu…. Tadi pun, lari macam tu jer tinggalkan dia yang comot…NO MANNERS..... 

Bersambung~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

dikarang : meyza

Sunday, June 29, 2014

Cara Disable Highlight Text dalam Blog

tutorial ni simple jer....salah satu sebab buat disable highlight text dalam blog ialah untuk elak orang copy paste .....



jom tengok step :

1. Dashboard --> Layout --> Add a gadget --> Javascript/ HTML
*mana nak cari Edit HTML /Javascript, leh usha sini ---> LINK 

2. copy kod di bawah sehingga habis dan paste kan pada Javascript/ HTML  ..

<script type="text/javascript">
function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}
//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script> 

3. Save dan lihat hasilnya ...

^_^

credit 

Saturday, June 28, 2014

Permohonan Wang Ehsan ke IPTA : Negeri Kelantan

hyepppp,
daa buat Permohonan Wang Ehsan ke IPTA : Negeri Kelantan bagi yang layak??

Selepas adik saya mendaftar masuk untuk program Pra Diploma Perdagangan di UiTM, kami ditawarkan untuk memohon bantuan wang Ehsan ke IPTA....

sila click banner di atas untuk ke laman web e-Ehsan

syarat kelayakan permohonan : 



dan berikut merupakan serba sedikit syarat-syarat permohonan yang dipaparkan : 


untuk maklumat lengkap , boleh tekan sana ---> EHSAN  

so, pada yang belum dan ingin membuat permohonan boleh la ke laman web dengan menekan banner e-Ehsan di atas ataupun berjumpa terus dengan JKKKP di kawasan anda..... 

pada yang dah mohon dan telah lulus permohonan, sila lah alert dengan panggilan yang mungkin akan diterima nanti....hehe

in sha Allah, mudah-mudahan kita sentiasa  dimurahkan rezeki.....

^_^

p/s : taknak usha sale dekat IKEA ke?? leh click pada banner Iklan Mr. Nuffnang..... 

Alert Message dalam Blog

hyepp, korang.....

jom tengok cara buat Alert Message dalam Blog...step yang sangat mudah........



1. Dashboard --> Layout --> Add a gadget --> Javascript/ HTML
*mana nak cari Edit HTML /Javascript, leh usha sini ---> LINK 

2. copy kod di bawah sehingga habis dan paste kan pada Javascript/ HTML  ..

<script> function MYALERT() {
alert("Ayat Korang di Sini"); } MYALERT()
</script>
yang warna Purple tu, sila tukarkan dengan ayat korang sendiri ye..... 

3. Save dan lihat hasilnya ...

^_^


p/s : taknak usha sale dekat IKEA ke?? leh click pada banner Iklan Mr. Nuffnang 

Friday, June 27, 2014

Rezeki Sebelum Ramadhan : 2 CPUV Serentak

Alhamdulillah.......

bersyukur sangat-II...tadi masa saya buka Nuffnang untuk cek CPUV On Going hari tu, tengok-tengok ada lagi dua CPUV yang tengah On Going jugak......baru jer dapat hari ni dari IKEA lagi tu.....



So, kalau korang ternampak iklan Nuffnang menari-nari tu korang boleh lah ambil kesempatan ushar barang-barang di IKEA....bukan apa, saya baru tau yang IKEA ada buat SALE...hehe.......

untuk kaum wanita tu, apa lagi?? ajak lah En. Husband tu.....bila lagi kan.......ehem3


Entry Berkaitan :

Thursday, June 26, 2014

Someone who Promises you Nothing??

hyepp, korang....

pernah dengar tak quote ni?? 

thatonerule:#652
"Be with someone who promises you nothing, 
but tries to give you everything they have."

sekali baca mesti terfikir.... "who promises you nothing?" ....
huh?? what? tak ada apa yang boleh dijanjikan.....tiada kereta, tiada rumah untuk dijanjikan bila dah sah nanti?? 

did you mean really 'NOTHING'?? 
R-E-A-L-L-Y ??? 

so, I won't promise you anything too...ok, bubbye... 
*giler kejam*

ok, ok...maafkan saya atas intro yang memeningkan..... 

tapi cuba korang bayangkan, as a girl , 
"kalau boy tu tak leh nak janjikan pape untuk aku, kenapa aku harus stay with him lagi..." 
*ini pemikiran gadis bermata $$$$

tolong lah jangan berfikiran macam tu lagi....at least, kenal dulu sejauh mana peribadi dia...
sejauh mana dia sanggup berkorban untuk korang?? kebahagiaan bukan hanya pada harta, tapi pada hati kita juga...

yeah....
mungkin dia tak dapat janjikan korang harta benda yang melimpah ruah seperti 
rumah banglo sebijik,  kereta Mini Cooper 2, 3 bijik, paling tak pun Ferrari ke.....dapat sebutir pun takpe dah kan.....macam kat bawah ni.... hehe



tapi, korang kena ingat.... 
Sekali boy tu dah jatuh sayang kat girl tu, tak semudah tu dia akan biarkan girl tu macam tu jer....dia akn buat semua yang dia mampu , berkorban,  just untuk tengok girl tersayang dia bahagia......
janganlah asyik fikir duit jer, kalau tu jer matlamat anda dalam relationship, boleh ke relationship tu kekal lama?? 

hah? boleh?? 
yeahh, i know.....  -tu pun kalau beliau tu anak orang kaya, n xde kes curang..haha-

^_^

Wednesday, June 25, 2014

CPUV NUFFNANG : Akhirnya Dapat jugak Snap Pic

hyeppp....

yess, hepy tetiba...!!

dah lama rasanya tunggu peluang untuk snap pic Nuffnang untuk 'On Going' CPUV..... ni baru dapat..biasanya kalau bukak, mesti dah credited.....

ha?? tak caya eyh..ni lah buktinya.... 

alamak...mohon jangan gelak sebab earnings saya sikit jer..... ^_^

btw, korang mesti perasan yang Nuffnang sekarang dah berwajah baru.....
ohmaiii.....nampak lagi kemas, smooth gitu....


pape pun, thanks Mr.Nuffnang....kalau2 korang ternampak iklan tu menari nari nanti, leh  laaaa tolong ushar sekali yerrr......thankssssss.......
^_~

Sunday, June 22, 2014

Kerana Blog Untukmu Ungu

hyeppp, korang..... 

actually nak gitau.....saya sebenarnya dah jatuh hati kat lagu ni.....mula-mula dengar tu macam terfikir.....lagu apa ni?? tak pernah dengar pun? pelik.....haha....

tapi saya tak stop lagi music ni, saya godek-godek dulu entry Untukmu Ungu ....baca sal kisah dia... best...saya ada baca....tentang apa nak buat lepas diploma?  tentang Single or Couple?? and yang lain pun memang saya baca jugak tau....sorry tak tinggal komen, kadang-kadang tu saya tak reti nak komen ape.....hehe...walaupun entry yang ditulis tak banyak lagi, keep it up..... in sha Allah ada orang baca...... 

ok, sekarang saya just nak share lagu ni..... 


Jelas Sakit _SouQy

dan 


Cinta Stadium Akhir _SouQy

ehhh, kalau awak baca entry ni, saya nak cakap 'Hai, awak....! ' ..haha...tolong jangan fikir saya gedik..... 

^_^

Kenapa Aku Malas Blogwalking kat blog dOrang??

hyep, kawan2.....
actually mende ni dah lama, and dah banyak kali jugak saya perasan blogger lain ada tegur.....

korang imagine jer lah, org lain datang blog kita, baca entry kita bagai...pastu tinggalkan link kat cbox, shoutbox, etc..... then, kita pun dengan exsaited nya nak jenguk lah blog tu balik kannn....say "hi hi, bye bye" ke...... so, kita pun klik, then blog / page owner tu pun muncul.....

masalah yang tak best dah timbul...... nak tau apa orang lain yang rasa tak berapa berkenan a.k.a membantutkan niat murni orang nak blogwalk....??

Blog awk best, memang menarik minat orang.....thumbs up kaw2 kalau blog awk cantik + comel .....hehe...tp yang tak bestnye bila :

1. Iklan floating dalam blog
- maksud floating kat sini, iklan tu kita tak boleh nak 'tutup'.... bila kita scroll down, scroll up, iklan tu still maintain kat tempat sama.... tak berubah kedudukan pun..... ewahhhh, dah lebih ni.....saya baru nak tengok BLOG ARCHIEVE dia...nak cari story yang best....nak tingkatkan pageviews dia......tapi kalau dah sidebar tu penuh, macam mana?? nak follow blog pun tak boleh bila iklan tu duk kat atas dia.....haishhhh.....

bye bye jer lahhhhh....... bukan saya taknak follow, awak yang tak bagi orang follow awak..... #ehhhh

lagi 1, kalau orang TER-tekan iklan korang tu, korang rasa berkat ke hasil tu? ntah laaa....saya pun tak tau jugak........tapi kalau boleh, biarlah dengan keikhlasan......
 ^_^  

2. Blog Archieve

saya tau korang ada hak korang sendiri nak letak BLOG ARCHIEVE bentuk camner pun.....tapi, plezzz laaa...

saya suka baca entry dalam blog awak.....walaupun entry awak ade part1, part 2, part3 dan banyak part...saya terus godek-godek BLOG ARCHIEVE awak untuk cari sambungannya.....tapi lecehlah laaa kalau semua entry pun kena godek satu-satu...kan best kalau awak letak BLOG ARCHIEVE macam nie....senang saya tengok tajuk post awak yang related..... 


3. Nak komen pun susah...... 
- alahai...saya dah berkobar-kobar nak tinggalkan komen...tetibe ada word verification pulak.....haha..kalau sekali, dua kali boleh la nak sabar....ni kalau dah banyak sangat word verification?? leceh lah......
*tak semua orang tu penyabar* 

4. Blog lambat loading 
- yang ni pun sama....bila korang dah add macam2 kat blog korang, timbul pulak masalah baru.....ade sesetengah benda tak ada effect pun, but ade sesetengah akan effect tahap loading blog......bayangkan ni kalau dah sampai 10 min pun tak complete lagi loadingnyerrr, ape cerrrr....... "close tab" terus lah.... sorry ='(

p/s : sorry kalau ada yang terasa....tapi ni untuk kebaikan blog korang jugak.....
korang fikir lah, nak ade visitor ke x??? hehe =)

Saturday, June 21, 2014

Tukar Ayat "Post A Comment" kepada Ayat Sendiri

Bosan dengan ayat 'Post a Comment' jer..?? Jom lah tukar kepada ayat korang sendiri.... senang jer lah...... hah?
nak tengok hasil dulu?? ohhh ok, boleh saja bha.....


Step : 
1.  Dashbord > Settings > Post and comments 


nanti akan keluar macam ni, tapi korang kena scroll sampai bawah dulu.....


bila daa tekan 'Add' , boleh lah korang taip ayat korang sendiri.... dah siap??? 

ohh, yang ni takde preview bagai, korang Save Settings jer.... ade butang tu kat atas sikit..... 

Then, baru cek kotak komen korang..amacam??? ada jadi?? 

^_^

p /s : ushar sini pulak 

Appoinment Braces Lagi

17th June 2014 - 9.00 pagi... 

As usual, hari ni ada appoinment lagi dengan doktor kesayangan... Kalau diikutkan, dah dekat 3 bulan lebih aku tak jumpa doktor.... 
and sebenarnya tarikh appoinment aku adalah pada bulan Mei yang lepas.. tapi kena tunda sebab doktor ada kursus @ bercuti masa tu.....ntah laa...aku pun tak ingat daaa....

masa nurse call aku untuk inform pasal hal ni pun, dia cakap appoinment aku kena tunda bulan 7 nanti... "huh?? mane boleh...aku baru jer nak start sem baru masa tu..takkan awal-awal nak skip kelas...." 
so, aku pun wat ayat kesian sikit....
"alaaaa, kak...bulan 6 boleh tak?? plezzzzzz......." 

then, akak tu pun cakap ok lahhh...tunggu kejap..akak check dulu....tup-tup dapat.....! 
"yesss.....thanks, akak...! " 

and disebabkan appoinment ni, aku terpaksa korbankan masa cuti sem aku yang tinggal beberapa hari jer lagi ni....hari jumaat aku naik bas gi KL....bas kul 3.00 pm and aku sampai sana dalam kul 8.00pm.... pastu, my aunt datang ambik.... 

hari kejadian..... 
pagi tu aku lambat sampai klinik....perghhh...wa cakap lu....memang sesak lah stesen LRT pada waktu pagi...berebut masing-masing nak naik...tapi aku salute, dorang still beratur ikut line sementara tunggu train tiba..hehe...comel....

pukul 9.30 baru sampai....then, letak kad appoinment dalam bakul ---> nama ku dipanggil ----> bayar RM5.00 untuk perkhidmatan..... 
pastu tunggu turn....sampai lah nama ku dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan..... 

nurse check gigi and cabut getah braces aku yang warna pink ny.....
ye, aku tetibe jatuh hati dengan kaler pink ny sebab warna dia maintain jer walaupun berbulan-bulan dah aku pakai....kalau getah warna lain, mesti kaler dia akan pudar or paling teruk, tukar warna lain yang urghhh....annoying..... 

Hasil : 
- doktor tukar band (dekat gigi geraham) aku yang belah kiri bahagian atas sebab dah longgar......
nurse tu membebel sikit kat aku...dia kata gusi aku dah bengkak...dia tanya tak sakit ke...
aku : *no response* *malas nak menjawab* hehe
- tukar dawai baru
- tambah lagi dawai yang bersilang-silang pada 4 gigi depan (gigi atas)

yang tak bestnyer, nurse tu tak tanya pun aku nak getah warne ape? dia bagi yang warna light yellow jer kat aku....urmm, tapi ok lah jugak...better than warna yang gelap-gelap..... 

keluar jer dari klinik tu, terus sakit balik gigi aku...... hurmmmm, sabar aje lahhhhh..... nak pakai sangat kan......

ok lah, tu jer..... tata.... =)

Thursday, June 12, 2014

Cara Buat Transparent Background Guna Paint.net

Here We Go.....

sebelum kita belajar cara untuk buat transparent background, korang kena lah download software ni....tekan sana untuk ------->  Download Paint.net  ...
*lepas siap download tu, korang install lah macam biasa.....
*abaikan kalau dah ade

Ok??? Jom ke langkah seterusnya......

Open Paint.net ---> File ---> Open (pilih gambar yang korang nak edit) ...

tekan MagicWand dulu baru klik pada ruangan putih tu.....


nanti bila dah tukar warna biru, baru click pada gambar 'gunting' tu.....tengok kat nombor 3 dalam gambar.....

dan, hasilnya akan jadi camnie.....
*ulang langkah2 di atas kalau ada lagi yang tak settle..... klik pada bahagian yang tak kena jer lagi..... 
cth : pada huruf R dan P....kan still ade part yang warna putih lagi tu....kan.....

complete??? 
Tekan butang File ---> Save As 

nanti bila dah keluar gambar seperti macam ni, namakan lah pic korang tu dan.......
MAKE SURE 
pada bahagian SAVE AS TYPE tu, korang pilih GIF...(refer gambar bawah) 


so, Ok...Siap....! 

boleh lah tukar header baru....

^_^


Cara Buat Header Simple Macam Saya

hyep, semua.....
hari tu, ade orang tanya camner nak wat header Miss B yang simple tu....so, meh, Miss B terangkan sikit2...harap korang faham....


*Make sure korang dah ade Photoscape....
*Ni just basic

1. Open Photoscape ---> Editor ---> Menu ---> New Photo

then, masukkan details width, height and colour...... saiz untuk header Miss B ialah 900 width dan 160 height.. colour sebaik-baiknya pilih warna putih.....

2.
 

3. 
 
letak ayat korang sendiri.... pandai2 laaa hias ye.... 
kalau nak cantik, make sure guna font yang comel comel....tak tau nak amek kat mana ??? 
meh laaa usha situ ---> FONTS 

4.  
ni yang Miss B wat....

A : Penguin tu comel lahh..mana dapat?? 
B : Open sini >MyCuteGraphics< ...then, cari sendiri...haha =p

*kalau boleh, cari lah graphics yang dah memang transparent...


bila dah siap, just save macam biasa....tapi, tapi dan tapi...... 

korang kena tukar background jadi transparent dulu...baru leh jadikan sebagai header...
baru lah gempak....!! =)

camner nak jadi tranparent???? 

Wednesday, June 11, 2014

Tempahan Edit Blog Simple

Miss B macam rajin jer nak edit blog korang-korang yang berminat...tapi takdelah edit yang complicated..yang simple-simple jer... 

dah tu,  miss b leh edit ape jer??? 

nahh, tekan sane ----> LINK  ....

pilih lah yang mana satu korang nak Miss B editkan.... 

harga :

untuk setiap 1 pilihan = RM2 

cara tempahan : 

1. emelkan pilihan anda ( tulis tutorial mana yang korang nak ) , warna apa...n maklumat lain yang perlu...sila bagi kod warna ye... 

hantar ke 
editblogcomel@gmail.com

 sila inform kat cbox miss b ye... 

and lagi satu,  bayaran adalah melalui topup...


kalau tak puas hati, leh gitau jer...no hard feeling okeyhhh...

  and kelajuan mengedit bergantung kepada kelajuan internet ye.... 

miss b akan cuba settle secepat mungkin.... 

=)

Monday, June 9, 2014

Pendaftaran Pra Diploma Perdagangan (MDAB) UiTM

hari ni just nak story bagi hilangkan bosan jer ~....

1st June 2014
-Hari pendaftaran Pra Diploma Perdagangan untuk my sis. Pendaftaran bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Pada hari ini, my sis just buat pendaftaran untuk asrama sahaja iaitu untuk dapatkan bilik. So, i feel little confused here.
"Bila nya nak daftar kursus untuk pra diploma ini? Borang-borang yang dah siap isi, medical checkup, Filem X-ray bagai semua, dorang (pihak UITM) xde minta pun hari ni....?? " 

So, Ok lah...maybe nanti kot..
my sis dapat blok f4 bilik 306... which mean is Floor 3..hehe...kesian kau dik....
Then, lepas dah siap daftar..kami pun pergi lah cari bilik dia untuk letak barang-barang kegunaan asrama nanti... 

al kisahnya ~ 
route 1 - kami guna laluan ni untuk sampai ke blok F4....perghhh...penat bak hang...siap ronda satu kawasan asrama lagi.. 

route 2 - barulah kami sedar ade jalan short cut...memang menguji kesabaran lah....

dah sampai bilik dia, kami pun kemas-kemas sikit lah barang dia...pasang cadar, cop almari, and etc...pastu borak / berkenalan dengan roomates dia.. 

apa yang ada dalam bilik tu?? 
-katil double-decker 1, katil single 1, almari kayu 2, almari besi 1, meja study 3, kipas 1-

pape pun, proses pendaftaran telah selesai...dan esoknya barulah dia akan mendaftar secara rasminya untuk Pra Diploma Perdagangan (MDAB) UiTM...(ni dia inform) ... 

Then, Orientasi @ Minggu Destini Siswa (MDS) pun bermula selama seminggu.... 
btw, ni link kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang subjek Pra Diploma Perdagangan... 

rupa-rupanya my sis tak complete lagi urusan pendaftaran untuk pra diploma ni...
dia tak buka lagi akaun Bank Islam....so, camner nak dapat elaun camni??....hehe...pandai-pandai lah dik , kau uruskan hal ni, kami duk jauh, tak mampu nak nolongnyerrrr~
^_^

Widget Jumlah Post dan Komen


Step:

1. Dashboard --> Add a Layout ---> Edit HTML / Javascript

2. Copy kod di bawah ni dan pastekan dalam kotak edit html / javascript .. 

<center><script style="text/javascript">
function totalPosts(json) {
document.write('Total Posts: <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');
}
function totalComments(json) {
document.write('Total Comments: <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');
}
</script>
<script src=" /feeds/posts/default?alt=json-in-script&callback=totalPosts"></script>
<script src=" /feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=totalComments"></script></center>
<small><a href="http://editblogcomel.blogspot.com/2014/06/widget-jumlah-post-dan-komen.html" target="_blank">get this</a></small>

3. Save dan lihat hasilnya.... ^_^

source
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...