BAB 1
“Dumm….!!” Pintu dihempas kuat…Beg sekolah yang digalas terus dicampak ke atas katil miliknya yang kosong… Eyra yang hampir terlelap terus membuka matanya..Pandangan matanya tertumpu pada raut wajah ayu milik adiknya, Eyzza.....
Dengan rambut lebat ditambah dengan ikal mayang lagi yang pasti membuatkan ramai lelaki terpegun melihatnya. Sedangkan kaum perempuan yang melihat juga turut cemburu dengan aset yang dimiliki oleh adiknya…Tetapi dia bangga kerana adiknya tahu tentang kewajipan menutup aurat.. setiap kali sebelum pergi sekolah, dia pasti akan mengikat kemas rambutnya. Setelah itu, disarungkan ‘inner neck’ sebelum mula memakai tudung..
Termangu eyra buat seketika waktu setelah terkejut mendengar dentuman pintu itu… Eyra ingin sahaja memarahi adiknya, tetapi niatnya terbantut apabila melihat wajah adiknya yang agak keruh.. Seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan adiknya pada ketika ini. Lagipun, bukankah sabar itu separuh daripada iman..
Adiknya, Eyzza merupakan pelajar sekolah menengah di Tingkatan 5 yang baru selesai peperiksaan Percubaan SPM beberapa hari yang lalu manakala Eyra pula merupakan pelajar Semester 1 di Kolej Matrikulasi Pahang… Disebabkan perbezaan umur yang sedikit itu lah, hubungan mereka adik beradik amat rapat….
“Eyzza, kenapa muka masam sangat ni?” Tanya Eyra kepada adiknya. Sebagai seorang kakak yang bertangungjawab, dia berhak tahu apatah lagi apabila adiknya mempunyai masalah..
“Eyzza tak puas hati lah , kak…! Ada ke patut budak baru tu malukan Eyzza depan kelas tadi..“ Eyzza menjawab perlahan.. Walaupun amarah mula menguasai diri, namun dia masih waras berfikir.. Lagipun, bukankah mama dan papa telah mendidik dia dengan sifat yang mulia iaitu sentiasa menghormati orang yang lebih tua darinya tidak kira dalam apa jua masalah..?
“Lahh, kenapa ni? Cuba cerita satu persatu kat akak… Siapa budak tu dan apa yang budak tu dah buat pada Eyzza?” Tanya Eyra dengan lembut..
“Ceritanya macam ni, kak..Tadi masa rehat, Eyzza keluar lambat… Dah la perut Eyzza menyanyi lagu ‘rock’ dah masa tu, then ada sorang budak lelaki ni tiba-tiba halang Eyzza semasa Eyzza nak duduk tu…Entah macam mana, Eyzza boleh tersadung pada kaki dia dan jatuh… Habis nasi lemak telur mata kerbau dan air teh’o ais yang Eyzza baru beli tu tertumpah kena baju Eyzza ni… Lepas tu, boleh dia blaah macam tu jer…Not even say SORRY to me……..
gambar hiasan dari Google |
Akak, sakitnya hati Eyzza…Apa salah Eyzza sampai dia main-mainkan Eyzza macam tu, akak…Dah lah ramai orang kat kantin tadi…Eyzza malu, kak…Eyzza tak kenal pun dia siapa…hurmm…budak baru kot….” Luah Eyzza pada kakaknya dengan perasaan yang sebak….
Kemudian, baru Eyra tersedar baju kurung putih yang dipakai oleh adiknya memang nampak comot dengan sambal nasi lemak…
“Kesian kau, dik… Akak tak sangka ada lagi budak Tingkatan 5 berperangai macam tu…Mungkin dia sajer usik kau sebab dia suka kau kot…kau kan ayu gitu….hahaha..
Hensem tak budak tu??” balas Eyra dengan senyuman untuk meredakan kesedihan adiknya itu….
“Hensem?? Hurmm, memang dia hensem..tapi hensem pun tak boleh buat Eyzza kenyang lah akak…Kalau nak berkenalan pun, cakap lah elok-elok….bukannya Eyzza nak apa-apakan dia pun...Silap-silap Eyzza pulak yang minta ‘declare couple’ dengan dia sebab dia hensem sangat…haha…
gambar hiasan dari Google.... |
Tapi takkan lah akak, he is a boy with no manners…Tak minat lah Eyzza lelaki macam tu..Tengok lah tadi dia buat Eyzza macam mana….” Jawab Eyzza dengan perasaan yang yakin…
Eyra hanya tergelak mendengar celoteh adiknya sebelum membalas
“Hamboi…bukan main lagi dia…Karang yang tak nak tu lah yang dikejarnya nanti…hehe….Dah laaa…Akak nak sambung buat assignment akak yang bertimbun tu....Jangan kacau and duduk sana diam-diam…. ”
“Iye lah, Eyzza pun nak siap-siap lah…Eyzza pun banyak juga nak buat ulangkaji ni…” Jawab Eyzza dengan perasaan malas… Sambil itu, Dia berdoa agar apa yang diucapkan oleh kakaknya tidak akan menjadi kenyataan…
Tak nak lah dia dengan budak lelaki tu…. Tadi pun, lari macam tu jer tinggalkan dia yang comot…NO MANNERS.....
Bersambung~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
dikarang : meyza
No comments:
Post a Comment