Better a cruel truth than a comfortable delusion ...
Home Anime / e-Story Story Santai Tutorials All bout d Braces Relationship

Saturday, February 8, 2014

Alkisah Pernikahan Awek Cun & Mat Rock

Al-kisah~   

Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tp dia xnak cintan cintun nih, tambahan lak dia mahukan sorg suami yg ultra warak. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun

2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari

3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

X sorg pun lelaki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg mat rock. Akhirnya bernikahlah awek cun itu dgn mat rock tersebut.




Sepanjang perkahwinan depa, awek tu perati je mat rock tu. 

"Eh...x puasa pulak mamat ni hari ni. Camne nak puasa setahun?"

"Hmm..aku x nampak pun dia baca Quran hari ni..."

"X nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia x solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya awek tu x tahan dah. Dia bajet mat rock tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yg saya letak. Dah kawin langsung x tunaikan. Penipu!" Rungut si awek pada hakim.

Hakim pun tanya kpd mat rock tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab mat rock lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat x?"

Jawab mat rock tu selamba, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu x buat. Mcm mana ni?"

Mat rock xnak mengalah. "Sungguh sy buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card kot bgtau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak."

Hakim x puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa x?"

"Tak."

Hakim terus pancung ayat, "hah! Kamu x puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Mat rock selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpiasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jd saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 mukasurat sehari pun xde masa!"

Mat rock terus menjawab, "saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan al Quran."

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Mat rock itu senyum. "Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

Mat rock itu menyambung, "islam itu mudah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah"

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awk sepatutnya beruntung. Awk telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Tiba2 hakim tu terdiam lalu tercari2 sesuatu.

"Allahhh...mana pulak aku letak tukul kamar hakim nihhhhhhhh???"

‪#‎c‬&p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...