Better a cruel truth than a comfortable delusion ...
Home Anime / e-Story Story Santai Tutorials All bout d Braces Relationship

Friday, December 5, 2014

Keliru Membuat Keputusan [Tawaran Latihan Separa Perubatan]

Entry ini adalah untuk imbas kembali cerita 3 tahun yang lepas... [Tawaran Latihan Separa Perubatan]

hyepp.... 



Bukan mudah untuk susah, dan bukan susah untuk mudah..

bila teringat kembali saat saya menjejakkan kaki di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), pelbagai perasaan yang timbul.. 

Tahun 2011 ...
Lepas keputusan SPM diumumkan, saya pun menghantar permohonan online ke SPA8 untuk kursus Latihan Separa Perubatan.. 

Memandangkan saya mendapat tawaran Matrikulasi, dan keputusan SPA masih belum diketahui, maka saya memilih untuk mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)..

Sebaik sahaja peperiksaan Semester satu di KMPh berakhir, saya menerima mesej yang mengatakan saya mendapat tawaran SPA untuk latihan separa perubatan.. Hati berbelah bahagi untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Seminggu tidur saya terganggu kerana banyak berfikir tentang tawaran yang diterima.. Tidak lama kemudian, keputusan peperiksaan Sem1 diumumkan, dan alhamdulillah.. keputusan peperiksaan saya antara yang terbaik, walaupun saya tidak lah mendapat 4.00 .. 

Saya semakin buntu. Keliru untuk memilih dan membuat keputusan. 
Saya bertanyakan pendapat kawan-kawan, guru dan ibu bapa saya... Ada yang menyokong, dan ada yang menghalang..... 

Akhirnya, setelah menimbang baik dan buruk, saya memilih untuk menerima tawaran Latihan Separa Perubatan dari SPA.. 

Saya ingat lagi kata-kata yang diberikan oleh pensyarah dan guru saya.. 
Saya faham mereka inginkan anak murid mereka berjaya sehingga ke peringkat Ijazah, Master, PhD... 

Namun, 
saya percaya setiap orang ada rezeki dia yang tersendiri.. dan mungkin tawaran SPA ni salah satunya... 

Ramai yang mengatakan bahawa peluang untuk sambung belajar untuk lepasan SPA adalah susah. Ia memang tidak dinafikan. Persaingan adalah sengit. Tambahan pula, kami terikat dengan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 4 tahun. 

tapi, kalau ada rezeki, tak kemana juga kan... 
semua tu Allah dah tentukan... kita cuma kena berusaha untuk capai matlamat..... 

^_^


1 comment:

Papaglamz said...

Mesti pening kepala tu. Buat istikharah..

Papaglamz bw di sini. Jom terjah Papaglamz

Assalamualaikum

Tahukan anda 3 daripada 100 orang di dunia ini menghidap penyakit migrain? Kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation menunjukkan penyakit migrain juge merupakan antara 3 penyakit utama dunia.
Baca lagi.......

http://www.papaglamz.com/2014/12/10-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html?m=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...