Cara Mudah buat CupCakes Comel..
Bahan-bahan :
1/2 cawan gula ( blender bagi halus )
1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar serbuk koko
bahan-bahan hiasan seperti white chocolate chip, kekacang, etc
cara nak buat :
gabungkan kesemua bahan-bahan di atas (satu demi satu), masukkan ke dalam blender...
dan blender kan ajer sampai sebati...
dah siap?? tuangkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas muffin / cupcakes... saiz cupcakes tu ikut citarasa korang lah eyhh..
nanti bila tuang campuran tu ke dalam bekas cupcakes, kalau boleh biar lah isi penuh sampai 3/4 bekas tu...
done???
dah boleh kukus.... around 15-20 minutes...
kalau nak tau dah masak ke belum, cucuk cupcakes tu dengan lidi sate.. agak-agak cupcakes tu tak melekat kat lidi sate tu kira dah masak lah...
hahaha
bila cupcakes tu dah masak,
boleh lah tabur white chocolate chip, etc atas cupcakes tu sebagai hiasan biar nampak lagi cute... hehe
selamat mencuba
^_^